Arus perdanakan sistem pendidikan Islam - Dewan Muslimat Pas

Iklan
Nuridah menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Muslimat Pas kali ke-64 pada Jumaat.

TEMERLOH - Dewan Muslimat Pas menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia mengangkat sistem pendidikan Islam secara menyeluruh merentasi semua jenis kurikulum di sekolah.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, pembaharuan itu perlu berteraskan paradigma tauhid dan keimanan supaya pelajar dapat dibimbing untuk menggalas amanah sebagai khalifah.

Iklan
Iklan

"Bagi kurikulum untuk pelajar bukan Islam, ia perlu diperkasakan dengan nilai-nilai murni selaras dengan agama masing-masing.

Dalam pada itu beliau mendakwa, pelbagai masalah pendidikan negara yang didedahkan seolah-olah tiada jalan penyelesaian.

Iklan

Memberi contoh tragedi kematian pegawai kadet laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia dilihat amat mencabar dan menggugat kandungan falsafah pendidikan kebangsaan negara.

"Kita mendesak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak terlibat membuat siasatan lanjut terhadap beberapa kelemahan yang menjadi faktor berlakunya tragedi tersebut.

Iklan

"Muslimat juga menzahirkan rasa kesal dan membantah keras keterlibatan syarikat arak di sekolah yang bertentangan dengan roh falsafah pendidikan kebangsaan.

"Institusi sekolah mesti bebas daripada sebarang pengaruh yang boleh membawa mudarat seperti dadah, rokok, vape dan arak," tegasnya.

Sementara itu Nuridah turut memaklumkan, Dewan Muslimat bakal membahaskan tiga usul yang dibawa perwakilan dari negeri dan kawasan pada muktamar kali ini.

Menurutnya, ia melibatkan usul dibawa oleh perwakilan Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Pada muktamar kali ini, 10 usul telah diterima dengan tiga usul untuk dibahas, satu diterima tanpa bahas, tiga diterima sebagai cadangan dan tiga ditolak.

"Usul yang diterima untuk dibahas adalah garis panduan kebenaran penyiaran di media sosial, mengkaji cadangan penggubalan Akta Pembangunan Semula dan undang-undang khas berkaitan penggunaan kalimah ALLAH," jelasnya.