[VIDEO] Polis rampas dadah RM5.88 juta, tahan tiga individu

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket dadah dengan membongkar stor penyimpanan barang terlarang tersebut yang dianggarkan bernilai RM5.88 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, hasil maklumat risikan, dua serbuan berasingan telah dilakukan di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu bermula jam 4.50 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam serbuan pertama, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dipercayai sebagai penjaga stor menerusi tangkapan di tempat letak kereta Kondominium Awana Puri di sini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan beg sandang yang dibawa oleh lelaki tersebut, pihak polis menemukan bahan disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 182.9 gram.

Iklan
Kok Chin (depan, tiga dari kanan) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas menerusi penahanan tiga individu di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu.

"Dengan dipandu oleh suspek yang ditahan itu, pasukan serbuan telah pergi ke sebuah rumah di Kondominium Awana Puri dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada suspek terlibat.

"Pasukan serbuan telah masuk ke rumah dan menangkap suspek kedua iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai bertindak sebagai 'runner'.

Iklan

"Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan barangan salah seperti methamphetamine seberat 111.23 kilogram (kg), kanabis (29.06 kg), pil ekstasi (7.51 kg) dan kristal MDMA (6.07 kg)," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Kok Chin berkata, pada hari yang sama sekitar jam 5 petang, serbuan kedua dilakukan di sebuah restoran di Taman Mutiara di sini.

Menurut beliau, satu tangkapan telah dibuat ke atas suspek ketiga berusia 30 tahun yang dipercayai sebagai 'runner' di restoran tersebut.

Katanya, sejumlah dadah telah dirampas daripada suspek ketiga iaitu methamphetamine (111.42 kg), kanabis (29.06 kg), pil ekstasi (7.51 kg) dan kristal MDMA (6.07 kg).

Jelas beliau, kesemua rampasan dadah yang dibuat dianggarkan bernilai RM5.88 juta.

"Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 660,500 orang penagih dadah.

"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset yang dianggarkan bernilai RM55,750.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggarkan berjumlah RM5.9 juta," ujarnya.