Cuaca diramal hujan pada pagi hari penamaan calon PRK Mahkota

Iklan
KLUANG, 13 Sept -- Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkaitan sedang giat melakukan persiapan menjelang hari penamaan calon esok, sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota ketika tinjauan fotoBernama di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG - Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini esok diramalkan hujan pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ramalan cuaca khas sempena hari penamaan calon PRK itu yang dimuat naik di akaun Facebook juga memaklumkan cuaca pada sebelah petang adalah baik.

Iklan
Iklan

MetMalaysia juga menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan informasi cuaca terkini di akaun media sosial jabatan itu atau lawab web www.met.gov.my.

Proses penamaan calon PRK DUN Mahkota akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada jam 9 pagi esok.

Iklan

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 September, manakala undi awal pada 24 September ini. - Bernama

Iklan