Jakim bawa isu GISBH ke MKI

Iklan
Mohd Na'im

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membawa isu berkaitan syarikat GISB Holdings (GISBH) kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia bagi memutuskan dalam perkara berkaitan akidah.

Iklan
Iklan

"Bagi membanteras hingga ke akar umbi fahaman dan ajaran menyeleweng, jabatan ini akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISBH," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas itu diletakkan di bawah seliaan pejabat menteri yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI.

Iklan

"Pada masa sama, jabatan ini akan membantu memberikan khidmat runding cara dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu-isu berkaitan akidah umat Islam.

Iklan

"Kami menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan reman 171 individu dalam Op Global bagi tujuan siasatan berkaitan GISBH.

"Jakim telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh bagi membantu PDRM dalam proses siasatan," katanya.