JAKARTA - Penerbangan sulung membawa sejumlah penumpang selamat mendarat di bandar udara (Bandara) Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur pada Khamis.
Menteri Perhubungan, Budi Karya Sumadi dan Timbalan Menteri Agraria dan Perancangan Ruang, Raja Juli Antoni turut menaiki pesawat Cessna Citation Longitude yang diklasifikasikan sama jenis dengan Boeing 737.
Iklan
Iklan
"Pendaratan pertama itu sangat mengagumkan dan luar biasa kerana para penumpang dapat menyaksikan landskap hijau Nusantara yang masih dalam pembangunan,” ujarnya.
Menurutnya, peringkat pengesahan dan penentukuran di Bandara IKN sudah selesai beberapa hari lalu.
"Keputusannya mematuhi piawaian penerbangan dan standard keselamatan. Ia sudah boleh digunakan untuk pelepasan dan ketibaan pesawat Presiden Joko Widodo atau Jokowi jika beliau bertugas di sini,” katanya lagi.
Difahamkan, landasan Bandara IKN sepanjang 2,200 kilometer dan pembinaan terminal VIP berada pada fasa 90 peratus sudah siap manakala akses jalan utama tersedia sepenuhnya.
"Projek itu bakal selesai seperti dijadualkan pada 31 Disember depan,” jelasnya sambil menambah kemudahan sokongan lain sedang giat dibangunkan. - Agensi