KUALA NERUS - Gelagat seorang warga emas berserban menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian video di grup Marang Kiter Official, ramai netizen memuji kesungguhan lelaki tersebut menunggang motosikal untuk menyertai program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di sini pada Jumaat.
"Nampak anak-anak muda ikut dia... depan belakang jaga. Kalau singgah masjid semua singgah... ikut sekali. Pak cik ni tiap-tiap tahun hadir," komen Mohamad Johari Abdullah.
"Hebat pak cik... semoga selamat sampai Terengganu," ujar Kin Yusoff.
"Siapa kenal otai RXZ ini? Paksu Tomoi bersama RXZ 6 Speed First Modelnya untuk hadir di RXZ Members 6.0 selepas lama berehat disebabkan kemalangan sebelum ini," katanya.
"Terbaik Paksu... semoga selamat perjalanan pergi dan balik," kata Khalim Miswan.
"Terbaik Paksu... orang lama kena dihargai dan semoga sihat selalu," ujar Rohim Muhammad.
Program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula hari ini sehingga Sabtu dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.