Belum ada tangkapan kes conteng gambar Mufti Perlis, Rektor KUIPs

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kes khianat gambar Mufti Perlis dan Rektor KUIPs pada papan iklan di Bulatan Persiaran Jubli Emas, Kangar.

KANGAR - Polis masih belum membuat sebarang tangkapan susulan kes menconteng papan iklan yang memaparkan gambar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi pada papan iklan yang merupakan hak milik sewaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kepada KUIPS di Bulatan Persiaran Jubli Emas di sini.

Iklan
Iklan

Katanya, pengadu membuat laporan selepas dimaklumkan kejadian menconteng dengan cat merah pada gambar Mufti Perlis dan Rektor KUIPs.

"Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat melibatkan kejadian tersebut

Iklan

"Sehubungan itu, mana-mana individu yang memperolehi sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kejadian tersebut didedahkan menerusi Instagram drmaza_official dan Facebook Dr MAZA Channel dengan kapsyen:"Mula dah...sakan...kepada ALLAH kita bertawakal."

Menerusi foto tular, hanya gambar wajah Mufti Perlis dan Rektor KUIPs diconteng dengan tanda pangkah.