Masyarakat diminta tenang, beri ruang GISBH disiasat - Saifuddin

Iklan
Saifuddin Nasution

KLUANG - Masyarakat diminta bertenang dan memberi masa serta ruang kepada pihak berkuasa menyiasat dakwaan salah laku syarikat syarikat GISB Holdings (GISBH).

Menteri Dalan Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes ini akan mengambil masa yang lama kerana membabitkan ramai mangsa yang juga kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Kita gesa masyarakat supaya bertenang dan ikuti sumber yang paling berautoriti dalam kes ini. Hampir setiap hari juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain buat kenyataan.

"Sudah tentu tempoh diperlukan kerana angka tangkapan itu besar dan bukan sahaja babitkan PDRM tetapi ia babitkan pihak lain dalam siasatan iaitu ahli piskologi, kaunseling dan pegawai perubatan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Program Inspirasi Malaysia bersama Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Tengku Aris Bendahara di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar.

Iklan

Sementara itu, Razarudin berkata, tempoh ujian saringan fizikal dan mental yang dijalankan ke atas kanak-kanak terbabit, akan mengambil masa kira-kira 10 hari.

"Saringan akan memakan masa yang lama kerana kanak-kanak terbabit berusia seawal setahun sehingga 17 tahun. Insya-ALLAH tempoh masa yang akan diambil 10 hari," katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap ibu bapa yang didapati tidak memberikan pendidikan wajib sekolah rendah kepada anak-anak mereka.

Jelasnya, tindakan itu juga boleh dikenakan kepada ibu bapa kepada kanak-kanak rumah amal yang diserbu pihak berkuasa di Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sebelum itu, media melaporkan GISBH disiasat pihak berkuasa berhubung kes eksploitasi kanak-kanak dan syarikat berkenaan menafikan tuduhan berkenaan.

Dalam kenyataannya, GISBH berkata, syarikat itu menafikan segala tuduhan dilemparkan kepadanya sambil menegaskan ia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti melanggar undang-undang, khususnya membabitkan kanak-kanak sebagai pekerja.

GISBS dipalit kontroversi selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal kendaliannya diserbu polis pada Rabu.

Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.