FAMA kukuh eksport agro-makanan dengan kerjasama antarabangsa

Iklan
MAFS bersama FAMA melancarkan inisiatif besar dalam mempromosikan eksport produk agro-makanan.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melancarkan inisiatif besar dalam mempromosikan eksport produk agro-makanan.

Kementerian itu berkata, bagi merealisasikan inisiatif berkenaan, satu program pembeli antarabangsa dilaksanakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 62 pembeli antarabangsa dari pelbagai negara diundang untuk menyertai program tersebut bagi membina hubungan perniagaan yang strategik dan memperluaskan pasaran produk agro-makanan Malaysia.

"Program ini menawarkan peluang kepada usahawan tempatan untuk berinteraksi dengan pembeli global dan memperkenalkan produk mereka kepada pasaran antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, lebih 200 usahawan mengadakan ratusan mesyuarat perniagaan dengan pembeli antarabangsa.

Menurutnya, hasil daripada perjumpaan itu, dua perjanjian memorandum perjanjian (MoA) penting dimeterai yang mana ia membuka peluang untuk pembekal pelbagai jenis pes masakan kering lengkap.

Iklan

"World Prominance Sdn Bhd, salah satu syarikat terkemuka dalam industri ini menandatangani perjanjian dengan dua pengimport dari Australia dan New Zealand.

"Kerjasama ini merupakan langkah signifikan dalam mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan rantau Oceania,” katanya lagi.

Sementara itu, MoA kedua melibatkan World Prominance Sdn Bhd dalam menyediakan perkhidmatan OEM untuk menghasilkan Exotica Single Spices Cubes dan Exotica Complete Meal Dry Pastes.

Dalam kenyataan sama, perjanjian tersebut diunjurkan bahawa hasil tahunan yang bakal dijana ialah sebanyak RM1 juta dan ia dijangka dimulakan secara berperingkat bermula November 2024.

MoA tersebut disaksikan oleh Pengarah Jeneral FAMA, Abdul Rashid bin Bahri, Pengarah Jeneral FAMA dan Timbalan Pengarah Jeneral (Pembangunan) FAMA, Faisal Iswardi bin Ismail.