Nenek 71 tahun disamun, dirogol lelaki warga asing

Iklan
Seorang warga emas menempuh detik hitam apabila disamun sebelum dirogol lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah apartmen

SEPANG - Seorang warga emas menempuh detik hitam apabila disamun sebelum dirogol lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah apartmen dekat Cyberjaya pada Jumaat.

Ketua Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 12.18 pagi.

Iklan
Iklan

"Mangsa merupakan wanita warga tempatan berumur 71 tahun itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di tangga di apartmen berkenaan.

"Suspek dipercayai mendatangi mangsa sebelum bertindak menyamun barangan mangsa serta merogol mangsa di lokasi terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Suspek diberkas kira-kira jam 12.20 tengah hari di kawasan sekitar Cyberjaya.

Iklan

"Turut dirampas adalah barangan milik mangsa yang disamun suspek berumur 25 tahun itu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376/392 Kanun Keseksaan.