Hospital Teluk Intan tambah kapasiti parkir awam

Iklan
Kor Ming (dua, kanan) menyampaikan sumbangan bagi menambah peralatan fasiliti kesihatan kepada Pengarah Hospital Teluk Intan selepas merasmikan parkir awam di hospital tersebut pada Jumaat. Foto Bernama

TELUK INTAN - Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pada Jumaat mengumumkan sumbangan sebanyak RM122,500 bagi menaik taraf fasiliti kesihatan di Hospital Teluk Intan.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sumbangan tersebut bagi menyediakan mesin elektrokardiogram (ECG), mesin kardiotokografi (CTG) dan mesin hemodialisis untuk hospital tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia juga sebagai tambahan peruntukan RM800,000 bagi menaik taraf kawasan parkir awam hospital ini, yang boleh memuatkan tambahan 250 petak bagi kemudahan pengguna,” katanya pada Majlis Perasmian Parkir Awam Hospital Teluk Intan di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr Khairul Baharin Mohd Baharuddin.

Iklan

Kor Ming berkata, sebelum ini hospital tersebut mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta, yang kawasan sedia ada hanya mampu menampung 500 kenderaan pada satu-satu masa dan penyediaan kawasan parkir baharu itu sedikit sebanyak mengatasi masalah tersebut.

Kor Ming ketika bertemu pengamal media selepas merasmikan parkir awam di Hospital Teluk Intan pada Jumaat. Foto Bernama

Beliau berkata, penambahan kawasan tempat letak kereta baharu itu, merupakan antara manifesto ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Iklan

Kor Ming berkata, Hospital Teluk Intan yang berkapasiti 548 katil dengan kira-kira 2,000 kakitangan itu merupakan kemudahan penting kepada lima daerah berhampiran termasuk pesakit Sabak Bernam, Selangor. - Bernama