Ada najis tikus, tiga restoran di Tanjung Bunga diarah tutup

Iklan
MBPP mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam. Foto FB MBPP

GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga di sini ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menjalankan pemeriksaan di tiga premis dan mendapati tahap kebersihan semua premis itu tidak memuaskan.

Iklan
Iklan

"MBPP menjalankan pemeriksaan menyeluruh di bahagian dapur, tempat basuhan, tempat penyimpanan makanan, longkang dan parit sebelum menemui najis tikus di beberapa lokasi di situ.

"Susulan itu tiga premis tersebut telah diarahkan tutup serta merta semalam selama 14 hari," menurut MBPP menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Iklan

MBPP memaklumkan selain gagal menyediakan kawalan makhluk perosak secara berjadual, pemeriksaan terhadap alatan perangkap minyak mendapati pengusaha juga tidak mematuhi penjadualan pembersihan hingga menyebabkan berlaku masalah perparitan serta punca longkang awam tersumbat. - Bernama

Iklan