ATLET boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple, mengharumkan nama Malaysia apabila kini berstatus nombor satu ranking dunia dalam kemaskini terbaharu https://worldbowlsseries.com
Izzat Shameer dari Perak itu mencipta sensasi apabila mengumpul 822 mata bagi mengatasi cabaran wakil dari Scotland, Stewart Anderson yang mengumpul 797 mata.
Ranking ketiga dunia menjadi milik Aron Sherriff dari Australia (781 mata), keempat Harry Goodwin dari England (644 mata), kelima Sheldon Bagrie-Howley, New Zealand (618 mata).