MELAKA - Kerajaan Melaka menawarkan Inisiatif Khas Parkir Percuma kepada pelancong dan pengunjung di negeri itu, membabitkan kesemua 34,764 petak parkir di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula esok hingga 20 September.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh berkata, tawaran parkir percuma itu membabitkan 14,876 petak parkir di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), 5,000 petak parkir Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), 3,500 petak parkir Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan 11,388 petak parkir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).