Lelaki diserang beruang meninggal dunia

Iklan
Lelaki yang parah diserang beruang, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, dalam kejadian di Kampung Dalam Senduk di Jerek, Gua Musang Ahad lalu meninggal dunia pada pagi Sabtu.

KOTA BHARU - Lelaki yang parah diserang beruang, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, dalam kejadian di Kampung Dalam Senduk di Jerek, Gua Musang Ahad lalu meninggal dunia, pagi Sabtu.

Adik mangsa, Siti Jamilah, 22, berkata, abangnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.45 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian di sini.

Iklan
Iklan

"Jenazah abang dalam perjalanan dibawa pulang ke Jerek," katanya ketika dihubungi.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang lelaki parah selepas diserang seekor beruang ketika melakukan aktiviti memikat burung di hutan berhampiran Kampung Dalam Senduk di Jerek dekat sini.

Iklan

Muhamad Zaki mengalami luka di bahagian kaki dan kepala akibat cakaran haiwan liar terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, pada jam 9.57 malam pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki memaklumkan anak lelakinya telah diserang haiwan liar.

Iklan