Al-Nassr rai 900 gol Ronaldo

Iklan
Ronaldo bersama jersi tertera angka 900 gol. Foto Facebook Al-Nassr

CRISTIANO Ronaldo diraikan oleh Al-Nassr ketika perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al-Ahli susulan pencapaian yang luar biasa meledak gol ke-900 peribadi ketika aksi bersama skuad kebangsaanya.

Bintang Portugal berusia 39 tahun itu mencapai kejayaan bersejarah dalam kemenangan Liga Negara-Negara Portugal ke atas Croatia baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Kembali ke kelab Al-Nassr, Ronaldo dihadiahkan jersi istimewa, tertera 'Goat' dan nombor 900 terpampang di belakang jersi.

Peminat turut menyambut meriah dengan tifo dari tempat penonton yang tertulis '900 gol' dan 'hanya wira mencapai kegemilangan'.

Iklan

Di sebalik pencapaian terbarunya, Ronaldo tetap mendambakan banyak kejayaan dan menyatakan bahawa dia masih mempunyai lebih banyak impian sebelum menamatkan kerjayanya.

Jurulatih pasukan kebangsaan Portugal, Roberto Martinez dan pemain tengah Ruben Neves telah menyatakan keyakinan bahawa pemenang Ballon d'Or lima kali itu mencapai 1,000 gol sebelum bersara.

Iklan

Rekod jaringan gol Ronaldo itu adalah bukti kecemerlangannya di kelab yang pernah disertainya.

Dia menjaringkan 450 gol untuk Real Madrid, 145 untuk Manchester United, 131 untuk Portugal, 101 untuk Juventus, 68 untuk Al-Nassr, dan lima untuk Sporting CP.