KLUANG - Ribuan penyokong daripada parti Kerajaan Perpaduan berarak lebih 500 meter mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada Sabtu.
Syed Hussein yang tiba sekitar jam 8.50 pagi diiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Sri Dr Ahmad Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Iklan
Iklan
Selain itu, turut sama mengiringi lautan biru itu adalah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Penyokong BN hadir memberi sokongan kepada calon BN Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihanraya N29 Mahkota, Azurawati Wahid mengumumkan pembukaan penyerahan borang penamaan calon bagi DUN Mahkota dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi.
Setakat ini, hanya kelihatan dua parti iaitu BN dan Perikatan Nasional (BN) mengiringi calon masing-masing.
Artikel Berkaitan