PRK Mahkota: Penyokong PN laung 'calon kami halal'

Iklan
Penyokong PN melaungkan selawat serta 'calon kami halal' ketika perarakan calon parti itu ke pusat penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada Sabtu.

KLUANG - Laungan selawat serta 'calon kami halal' bergema ketika perarakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Mohamad Haizan Jaafar ke pusat penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada Sabtu.

Laungan itu semakin kuat kedengaran ketika rombongan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah tiba ke lokasi penamaan calon.

Iklan
Iklan

Mohd Haizan tiba ke pusat penamaan calon berkenaan sekitar jam 8.40 pagi dengan diiringi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Penerangan,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Mahkota, Azurawati Wahid mengumumkan pembukaan penyerahan borang penamaan calon bagi DUN Mahkota dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi.

Iklan

PRK DUN Mahkota diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka kerusi tersebut susulan kematian penyandang kerusi DUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Sebelum itu, Ketua Wanita UMNO Kluang yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor itu, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HEBHK akibat pendarahan dalaman.

Iklan

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Mahkota pada 28 September.