Pas dukung perjuangan PN - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin ketika ucaptama Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur pada Sabtu.

TEMERLOH - Pas terus mendukung perjuangan Perikatan Nasional (PN) bagi memperkukuhkan kedudukan gabungan parti politik itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan, gabungan parti itu mampu membangkitkan keyakinan rakyat dalam memperjuangkan kepentingan bersama.

Iklan
Iklan

"PN you will never walk alone (PN tidak akan berjalan sendirian)," katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika ucaptama Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur di sini pada Sabtu.

Iklan

Takiyuddin memaklumkan Pas dan PN pada hari ini muncul sebagai politik arus perdana, tetapi mendapat sokongan daripada rakyat.

"Kita amat yakin dengan deposit 74 kerusi sekarang kita mampu melangkah lebih jauh lagi dalam hala tuju negara," katanya.

Iklan