PRK Mahkota: Kemenangan PN penting, mahu hantar isyarat di DUN Johor

Iklan
Muhyiddin pada sidang akhbar di Dewan Tunku Ibrahim Ismail selepas proses penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota pada Sabtu.

KLUANG - Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota amat penting untuk gabungan itu menghantar isyarat besar ke DUN Johor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun keputusan PRK DUN Mahkota pada 28 September nanti tidak mengubah kedudukan kerajaan negeri ditadbir Barisan Nasional (BN), namun ia cukup penting untuk menunjukkan hala tuju sokongan rakyat ketika ini.

Iklan
Iklan

"Apa pun walaupun ia merupakan PRK dan tidak membawa sebarang satu bentuk dalam kerajaan pusat atau pun kerajaan negeri tetapi mesej yang hendak l disampaikan PN sangat jelas.

"Situasi amat menyulitkan dengan dasar kerajaan Pusat dan negeri yang dilihat tidak begitu prihatin dengan masalah rakyat berdepan kesulitan, kesusahan harga barang, kos sara hidup dan pelbagai masalah lain membuktikan kerajaan pada hari ini, tidak mampu selesaikan masalah rakyat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Azmin Ali merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Iklan

Tambah bekas Perdana Menteri itu, calon diketengahkan PN, Mohd Haizan Jaafar, 61 atau 'Coach Haizan' mempunyai pengalaman luas dalam sukan dan kemasyarakatan mampu menarik pengundi.

"Atas dasar pengalaman beliau dari segi usia cukup matang dan mampu menjalankan tugas berkhidmat untuk rakyat. Calon ini lahir di Kluang dan cukup banyak pengalamannya.

"Dari segi jentera PN, ia sudah lama disiapkan oleh Azmin yang merupakan Pengarah PRK DUN Mahkota di bantu Dr Sahruddin," katanya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 September, manakala undi awal pada 24 September.