Pesanan akhir arwah bapa suntik semangat calon BN

Iklan
Syed Hussien Syed Abdullah

KLUANG - Kehilangan bapa tercinta yang meninggal dunia empat hari lalu tidak sesekali menjejaskan gerak kerja kempen calon Barisan Nasional (PN), Syed Hussien Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota demi mengekalkan kemenangan yang diharapkan parti.

Bahkan, menurutnya, pesanan akhir yang dititipkan Allahyarham bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid menjadi suntikan untuk beliau memberikan yang terbaik.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai pesanan tersebut.

"Ia menjadi satu suntikan semangat dan pesanan terakhir beliau merupakan antara semangat terakhir yang ayah saya bekalkan.

Iklan

"Insya-ALLAH saya cuba jadi yang terbaik untuk semua dengan fokus terhadap gerak kerja yang akan dibuat," katanya kepada pemberita ditemui selepas Pengumuman Calon PRK DUN Mahkota, di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini pada Sabtu.

Syed Abdullah dilapor meninggal dunia pada Selasa lalu selepas menerima rawatan di sebuah hospital pada Ahad.

Iklan

UMNO Johor mengesahkan pemergian bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang menerusi hantaran di Facebook rasmi parti itu.