BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke perlawanan akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Hong Kong pada Sabtu.
Dalam aksi separuh akhir di Hong Kong Coliseum, Kowloon itu, Pearly-Thinaah menewaskan beregu nombor dua dunia dari Korea Selatan, Baek Ha-na-Lee So-hee 22-20, 17-21, 21-15.
Iklan
Iklan
Gandingan nombor lapan dunia itu akan berdepan sama ada gandingan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong atau beregu China, Liu Sheng Shu- Tan Ning.
Sebelum ini, Pearly-Thinaah mara ke suku akhir dengan menjinakkan gandingan Hong Kong, Lok Lok-Hiu Yan, juga straight set 21-16, 21-14 dalam masa 30 minit.
Satu lagi wakil yang akan beraksi petang ini untuk mencari slot final iaitu gandingan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan menentang pilihan kedua dari China, Feng Yan Zhue-Huang Dong Ping petang ini.