'Kempen 'cara Johor', siapa pun yang datang jaga adab' - Onn Hafiz

Iklan
Pekarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail dipenuhi penyokong BN yang hadir bagi memberikan sokongan kepada calon BN Syed Hussien Syed Abdullah pada hari penamaan calon PRK Mahkota pada Sabtu. Foto Bernama

KLUANG - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mahu semua pihak mengekalkan kempen 'cara Johor' iaitu secara berhemah bagi mengelakkan provokasi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Menurutnya, jentera parti yang turun padang perlu menjaga adab dengan tidak menyentuh sebarang isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian bersama.

Datuk Onn Hafiz Ghazi

Iklan
Iklan

"Dalam keghairahan berkempen selama dua minggu ini, saya minta semua pihak terlibat sama-sama tertib.

"Di PRK ini kita nak semai semangat perpaduan dan keharmonian. Siapa pun datang berkempen, jaga adab, Johor ada cara kita.

Iklan

"Ketika PRK Simpang Jeram, Parlimen Pulai memang harmoni...tiada isu keagamaan. Kita berkempen dengan adab.

"Jadi harap semua dapat teruskan untuk PRK ini," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Mahkota, di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada Sabtu.

Iklan

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Syed Hussien (BN) dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61.

Ia diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka kerusi tersebut susulan kematian penyandang kerusi DUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Ketua Wanita UMNO Kluang yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor sebelum itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HEBHK akibat pendarahan dalaman.