Pemancing temui semula iPhone dilarikan 'Pak Belang'

Iklan
Gambar yang dikongsi Mohd Azmir ketika sudah menemui beg miliknya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

SHAH ALAM - Dua pemuda nekad masuk semula ke kawasan hutan untuk mencari beg yang dibawa lari harimau belang ketika memancing di sekitar Felda Nitar 1, Mersing, Johor, Khamis lalu.

Pemuda yang dikenali sebagai Mohd Azmir berkata, dia bersama seorang lagi rakannya masuk semula ke kawasan hutan pada hari kedua kejadian.

Iklan
Iklan

Tangkap layar video TikTok menunjukkan situasi cemas seorang lelaki berdepan seekor harimau belang.

"Ini gambar hari kedua aku masuk hutan balik cari beg, dalam itu ada iPhone 13 Pro. Itu yang aku cari sampai dapat," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Azmir bagaimanapun berkata, dia dan rakannya berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu.

"Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur. Kepada kawan-kawan semua, aku selamat dan tidak cedera. Jangan hubungi dan Whatsapp bertalu-talu.

Iklan

"Nanti dah tenang sikit aku respons semua orang. Lagi pun aku dekat Terengganu sekarang 'makan angin'.

"Yang aku boleh katakan tinggi harimau itu paras pinggang dalam tiga kaki setengah, besar muka dia macam sport rim 14 inci bila bulu dia dah kembang," tulisnya.

Kedua-dua pemancing mengambil keputusan untuk memanjat pokok bagi tujuan keselamatan.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan situasi cemas dihadapi dua pemuda apabila didatangi seekor harimau belang ketika leka memancing sebelum salah seorang daripadanya terserempak dengan haiwan buas itu

Terkejut dengan kehadiran haiwan tersebut, lelaki itu terkaku dan hanya bergerak mengikut arahan dan nasihat daripada sahabatnya yang berada tidak jauh dari lokasi terbabit.

Pemuda berkenaan bertindak tenang dan tidak melarikan diri, sebaliknya berundur perlahan-lahan ke belakang sambil rakannya membacakan surah al-Fatihah dan doa Nabi Sulaiman untuk dijauhi daripada serangan haiwan terbabit.

Sebaik saja melihat harimau itu pergi, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk memanjat pokok bagi tujuan keselamatan dan menunggu sehingga bantuan daripada rakan lain tiba di lokasi tersebut.