39 lagi rumah amal disyaki milik GISBH dalam radar PDRM - KPN

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau rapi 39 lagi rumah amal di seluruh negara dipercayai milik syarikat GISB Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada tindakan lanjut oleh pihak polis terhadap premis berkenaan, susulan serbuan 20 rumah amal berkaitan GISBH pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 39 lagi rumah amal dalam radar Polis Diraja Malaysia, susulan siasatan berhubung dakwaan eksploitasi dan penderaan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, serbuan terhadap 20 rumah amal itu adalah hasil risikan dan siasatan selama enam bulan.

Iklan

"Kita telah menyiasat syarikat itu sejak 2011 susulan beberapa laporan polis, sebelum dakwaan terhadap syarikat tersebut tular di media sosial baru-baru ini," katanya.

Razarudin berkata, beliau telah bertemu dengan wakil Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) pada enam bulan lalu.

Iklan

"Mereka turut memberikan maklumat awal, ia termasuk satu laporan yang dibuat oleh bekas ahli syarikat itu dari Negeri Sembilan yang kemudiannya ditarik balik.

"Wanita itu kemudiannya membuat laporan baharu dan polis membuka siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Beliau berkata, wanita itu memberi 'petunjuk' yang boleh dipercayai untuk tindakan selanjutnya.

"Saya menyeru individu yang pernah membuat laporan sebelum ini dan menarik balik berkaitan kes itu, supaya tampil bagi membantu siasatan.” katanya.

Pada Rabu, media melaporkan mangsa terdiri 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik GISBH.

Seramai 10 daripada 402 kanak-kanak yang merupakan kanak-kanak autistik, Orang Kurang Upaya (OKU) dan sakit telah diserahkan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Razarudin dilaporkan berkata, dalam operasi Ops Global yang dijalankan jam 6 hingga 11 pagi itu, pihaknya turut menahan 171 individu terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian.