Istiadat mengarak panji-panji

Iklan
Istiadat mengarak lima Panji Yang di-Pertuan Agong berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Dataran Pahlawan, Presint 1 pagi ini.

Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak ialah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara. - Foto: Bernama