ISLAMABAD - Sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Sabtu menyebabkan enam orang terbunuh dan 24 lagi cedera, menurut polis, lapor Xinhua.
Nahas itu berlaku apabila kenderaan terlibat tergelincir dari jalan di kawasan Dhana Sar di Daerah Zhob, menurut polis tempatan.
Iklan
Iklan
Berikutan kejadian itu, polis bersama pasukan penyelamat tiba di lokasi dan memindahkan mayat serta mangsa yang cedera ke hospital berdekatan. Sukarelawan tempatan juga turut serta dalam aktiviti menyelamat.
Menurut sumber hospital, keadaan beberapa mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.
Kemalangan berlaku apabila pemandu bas hilang kawalan semasa mengambil selekoh, kata polis, sambil menambah bahawa bas malang itu membawa penumpang dari ibu negara persekutuan Islamabad ke ibu kota Wilayah Quetta ketika kemalangan berlaku. - Bernama