United kembali nikmati kemenangan

Iklan
De Ligt (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Southampton. Foto AFP

PEMAIN baharu Matthijs de Ligt meraih gol pertamanya untuk Manchester United manakala Marcus Rashford menjaringkan gol buat kali pertama sejak Mac dalam kemenangan 3-0 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Southampton pada Sabtu selepas permulaan musim yang goyah.

Mereka kini meraih enam mata daripada empat perlawanan manakala Southampton yang baru dinaikkan pangkat ke liga utama itu kekal tanpa mata.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, United tewas dua kali berturut-turut kepada Brighton dan Liverpool.

Southampton mendominasi awal perlawanan, tetapi mensia-siakan peluang untuk mendahului pada minit ke-34 selepas penjaga gol United, Andre Onana menyelamatkan penalti Cameron Archer.

Iklan

Seminit kemudian, De Ligt menanduk masuk bola hantaram daripada Bruno Fernandes.

Rashford, yang mengharungi 13 perlawanan tanpa jaringan, kemudian menamatkan kemaraunya dengan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-45.

Iklan

Tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke-79 apabila pemain pertahanan Jack Stephens dibuang padang kerana melakukan terjahan ke atas Alejandro Garnacho.

Garnacho menambah gol lewat untuk pasukan Erik ten Hag untuk meletakkan pasukan itu di kedudukan ketujuh liga.