BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 39 bas ekspres dan bas persiaran yang didapati tidak menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan, dalam operasi khas awal hari ini.
Dalam kenyataan di Facebook JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung selama tujuh jam dan tamat pada 6 pagi di Plaza Tol Juru di sini.