Keluarga besar PBMM dapat suntikan semangat

Iklan
Firdaus (tiga dari kanan) bersama delegasi PBMM ketika mengunjungi Mohd Ali (tengah) di Melaka. Foto Facebook Ridhwan Ali

AHLI Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) mendapat suntikan semangat baharu dalam menyemarakkan aktiviti dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam sebagai penaung pertubuhan tersebut.

Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed percaya kehadiran Mohd Ali dalam keluarga besar PBMM bakal menyemarakkan lagi motivasi dalam kalangan ahli untuk bergerak lebih aktif selepas ini.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, pengalaman Mohd Ali dalam arena sukan tanah air cukup luas apabila pernah memimpin Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) sebagai Presiden ke-27 ketika mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Melaka ke-9.

"Ketokohan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dalam dunia sukan negara tidak boleh dipertikaikan lagi.

Iklan

"Saya ucap terima kasih kepada Tun Dr Mohd Ali yang menerima pelantikan selaku penaung PBMM. Kehadiran Tun Dr Mohd Ali disambut baik dan kami berbesar hati dengan kesudian penerimaan pelantikan ini.

"PBMM bertekad untuk terus menyumbang kepada bola sepak negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berpotensi untuk diketengahkan di peringkat tertinggi,” kata Firdaus.

Iklan

Mohd Ali sebelum itu menerima kunjungan rombongan Exco PBMM diketuai Firdaus Mohamed di Istana Melaka, Ayer Keroh di Melaka.

Sebagai rekod, PBMM antara organisasi bola sepak terawal negara dengan Kejuaraan Piala Emas Raja-Raja yang merupakan pertandingan paling tertua yang sudah berusia usia 102 tahun tahun ini.