Bunuh isteri kerana sering 'live' di TikTok, kuat karaoke

Iklan
Kejadian pembunuhan berlaku di rumah mereka.- Foto: Agensi

BANDA ACHEH - Seorang lelaki dari Desa Lawe Loning Aman, Kecamatan Lawe Sigala-gala, Kabupaten Aceh Tenggara didakwa telah membunuh isterinya hanya kerana kesal dengan sikap wanita itu yang kerap membuat penstriman langsung di TikTok.

Mengesahkan kejadian itu, Polis Acheh Utara, Ipda Patar Erwinsyah berkata, pihaknya telah menerima laporan bahawa seorang wanita dibunuh di rumahnya pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Suspek yang dikenali sebagai M,49, telah ditahan pada hari yang sama (Khamis), sekitar jam 7 malam waktu tempatan setelah satu serbuan dilakukan dilokasi keberadaan M," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Tambahnya, hasil soal siasat terhadap M yang dilakukan oleh pihaknya pada Jumaat mendedahkan bahawa M akhirnya mengakui bahawa dia telah membunuh isterinya dengan menggunakan seutas tali.

Iklan

"Suspek berkata dia melilit tali di leher isterinya hingga mangsa meninggal dunia, kejadian berlaku di pintu bilik air rumah mereka," katanya.

Dalam pada itu, Erwinsyah berkata, suspek mengakui bahawa isterinya itu suka membuat perkara yang memalukan dirinya hingga dia bertindak sedemikian.

Iklan

"Selain suka membuat penstriman langsung di TikTok, mangsa juga suka berkaraoke dengan kawan-kawannya, selain kerap keluar rumah tanpa izin daripada suami hingga diketahui jiran.

"Hal ini telah membangkitkan rasa marah suspek, selain rasa malu kerana orang ramai mengetahui perangai isterinya," katanya.

Suspek kini berhadapan dengan tindakan undang-udang mengikut Fasal 340 Jo 338 KUHP terkait pembunuhan yang dirancang hingga mengakibatkan kehilangan nyawa seseorang. - Agensi