Ten Hag yakin Rashford akan kembali mengganas

Iklan
Rashford (dua, kanan) meledak gol dalam kemenangan United ke atas Southampton.

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag gembira melihat Marcus Rashford kembali dalam senarai penjaring ketika penyerang England itu menamatkan kemarau gol sejak Mac lalu.

Rashford memulakan kempen musim ini dengan hambar dan dikritik hebat kerana persembahannya, namun berjaya bangkit meledak gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

Bercakap selepas kemenangan itu, Ten Hag berpuas hati dengan persembahan Rashford dan yakin lebih banyak gol akan terhasil daripada pemain itu.

"Apabila musim bermula, setiap penyerang mahu berada dalam senarai penjaring. Sekarang dia sudah menjaringkan gol pertama, saya pasti lebih banyak gol lagi akan dijaringkannya," katanya.

Iklan

Kejayaan mengatasi Southampton itu juga menyaksikan United kembali ke landasan kemenangan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Brighton dan Liverpool.

Dalam pada itu, Ten Hag merasakan bahawa pasukannya itu mempunyai peluang untuk mematikan permainan lebih awal dan mungkin juga menang dengan jaringan lebih besar.

Iklan

"Kami mempunyai peluang untuk mematikan permainan dan kami mempunyai peluang. Saya tidak tahu berapa banyak tetapi mungkin lebih daripada tiga gol," katanya.