TOKYO - Taufan Bebinca bergerak ke arah barat laut merentasi Laut China Timur meninggalkan wilayah kepulauan barat daya Jepun, Amami pada awal pagi Ahad.
Taufan itu berada kira-kira 230 kilometer di barat laut bandar Amami dan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan sekitar 25 kilometer sejam (km/j), menurut Agensi Meteorologi Jepun yang dipetik oleh Agensi Berita Kyodo.