Tidak perlu kahwin rentas kaum, tonjol kepimpinan berkualiti - Amanah

Iklan
Izham Hashim

SHAH ALAM - Pemimpin hanya perlu menunjukkan akhlak yang baik, bertoleransi antara kaum serta memberikan hasil kerja berkualiti untuk meraih sokongan dan undi pengundi bukan Islam.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izhar Hashim berkata, cadangan Pemuda Pas Selangor untuk meraih sokongan dengan perkahwinan merentas kaum atau budaya sebagai satu strategi politik adalah sukar untuk difahami.

Iklan
Iklan

"Saya tak faham dengan cadangan Pemuda Pas berkenaan kahwin dengan 'non muslim' untuk dapat undi mereka.

Pada Khamis lalu, perwakilan Selangor mengemukakan cadangan bagi mengusulkan agar barisan kepimpinan Pemuda Pas mempertimbangkan perkahwinan merentas kaum atau budaya sebagai satu strategi politik.

Iklan

Setiausaha Pemuda Pas Selangor, Aubidullah Fahim Ibrahim dilaporkan berkata, cadangan tersebut dijangka mampu meningkat sokongan masyarakat bukan Melayu dan kaum-kaum lain, sekali gus meraih undi tambahan.

Bagaimanapun, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), yang merupakan sayap Pas yang dianggotai ahli bukan Islam, menyifatkan saranan agar pemimpin Pemuda Pas berkahwin dengan bukan Melayu bagi meraih undi sebagai gurauan.

Iklan

Ketuanya, N Balasubramaniam dilaporkan berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana perwakilan Pemuda Pas yang mencetuskan idea itu disifatkan tidak serius.