Sorok dadah dalam tin biskut

Iklan
Dua lelaki ditahan bersama dadah jenis heroin base dan syabu bernilai RM370,000 dalam serbuan di Bukit Mertajam.

GEORGE TOWN - Polis menahan dua lelaki tempatan bersama dadah jenis heroin base dan syabu bernilai RM370,000 dalam dua serbuan di Bukit Mertajam pada 12 September lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek berusia 40 dan 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bukit Mertajam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis merampas enam bekas tin biskut mengandungi tujuh peket syabu.

"Kedua-dua lelaki berkenaan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri ini. Mereka aktif sejak Mac tahun ini.

Iklan

"Selepas menahan mereka, kita menjumpai tujuh peket syabu seberat 5,222 gram bernilai RM170,000 di dalam enam bekas tin biskut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hamzah menambah, selepas soal siasat dijalankan, polis menyerbu sebuah lagi rumah di kawasan sama pada jam 8.30 malam, hari yang sama.

Iklan

"Hasil pemeriksaan, kita merampas enam bungkus plastik lutsinar yang dibaluti kertas berwarna coklat disyaki mengandungi 2,287 gram heroin base bernilai RM200,000.

"Polis turut menyita sebuah kereta jenis Nisaan Teana, barang kemas dan wang tunai RM1,600.

"Nilai keseluruhan sitaan ialah RM59,920. Dengan jumlah sitaan ini, nilai keseluruhan dadah dan sitaan bernilai RM429,920," katanya.

Ujar beliau, kesemua dadah yang dirampas mampu dibekalkan kepada 176,000 penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran.

"Hasil saringan air kencing kedua-dua suspek menunjukkan positif dadah methamphetamine.

"Mereka juga mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.

"Mereka direman tujuh hari bermula 13 hingga 19 September ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.