Op Global: Polis tumpu siasatan sebelum panggil pihak terlibat

Iklan
Razarudin

SHAH ALAM - Polis menumpukan siasatan yang dijalankan ketika ini susulan serbuan menerusi Op Global melibatkan 20 rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat GISB Holdings (GISBH) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, fokus utama adalah selesaikan siasatan yang dijalankan setakat ini.

Iklan
Iklan

"Kita akan selesaikan siasatan yang ini dulu, apabila dah selesai baru kita akan fikirkan (panggil untuk bantu siasatan)," katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kenyataan Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali yang mengakui terdapat beberapa kes liwat berlaku membabitkan individu dalam organisasi berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, jelas Nasirudin, kejadian itu cuma satu atau dua kes sahaja.

Menurut Nasiruddin lagi, dakwaan berhubung isu tersebut disifatkan sebagai tidak berasas kerana tidak mempunyai bukti.

Iklan

"Saya bukan hendak salahkan undang-undang, memang kami ada salah tetapi untuk isu seperti ini, cuba bincangkan dulu. Ini terus tangkap lebih 400 kanak-kanak dan mereka tidak tahu cerita.

"Memang liwat itu ada satu atau dua, tetapi kenapa dirangkumkan semua? Hasil daripada itu juga kata memperdagangkan manusia, eksploitasi kanak-kanak, ini berlaku terlalu pantas langsung tidak ada perundingan," katanya.

Razarudin pada Rabu memaklumkan seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan ke atas 20 rumah amal dikaitkan GISB di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan terkini, beliau memaklumkan, 13 daripada kanak-kanak terbabit disyaki telah diliwat berdasarkan saringan perubatan yang dilakukan.

Menerusi sidang media sama, Razarudin berkata, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan dana yang disumbangkan kepada rumah amal itu.