Bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam rumah kosong

Iklan
Bayi lelaki yang ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Perisai Wira, pada malam Sabtu.

KUALA KRAI - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Perisai Wira di sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, bayi seberat 2.74 kilogram itu sudah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk rawatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan mendapati bayi itu tiada tanda kecederaan trauma.

"Polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi berkenaan pada jam 9.43 malam sebelum anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi, anggota terbabit mendapati terdapat seorang bayi yang dibungkus kain batik dalam keadaan cukup sifat," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Tambah Mazlan, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu untuk mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

Iklan

"Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat atau menelefon Pegawai Penyiasat, Inspektor Iman di talian 011-31460199," katanya.