Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong

Iklan
Pearly-Thinaah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.

[DIKEMAS KINI] BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.

Pasangan nombor lapan dunia itu tenang memenangi set pertama 21-14 dalam aksi di Hong Kong Coliseum, Kowloon.

Iklan
Iklan

Mereka meneruskan momentum positif meninggalkan pasangan lawan yang menghuni ranking ketiga dunia itu 20-10 sebelum mengesahkan kemenangan 21-14 dalam kejohanan berstatus Super 500 tersebut.

Menamatkan penantian bergelar juara selama hampir dua tahun selepas kali terakhir mereka memenangi kejohanan Jelajah Dunia adalah di Terbuka Perancis pada Oktober 2022.

Iklan

Kejayaan berkenaan juga merapatkan jurang rekod kemenangan mereka kepada 3-4.

Iklan