SK Pendang, SK Baling Juara NATCOM 2024 Kategori Sekolah Rendah

Iklan
SK Pendang menjuarai NATCOM 2014 Kategori Sekolah Rendah bagi Divisyen 1.

ALOR SETAR - Pasukan pancaragam Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang dan SK Baling muncul juara pada Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan (NATCOM) 2024 di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, pada malam Sabtu.

SK Pendang menjuarai NATCOM 2024 kategori sekolah rendah bagi divisyen 1, manakala tempat kedua dimenangi SK Sri Adika Raja, Perak dan tempat ketiga menjadi milik SK Kuala Ketil, Kedah.

Iklan
Iklan

SK Pendang turut memenangi kategori bendera"colour guards" dan pakaian seragam terbaik.

Bagi divisyen 2, SK Baling muncul sebagai juara bagi kategori yang sama, diikuti tempat kedua dimenangi Bandar Baru Sintok dan SK Bandar Puteri Jaya meraih tempat ketiga.

Pasukan pancaragam SK Pendang mempamerkan persembahan mereka.

Iklan

Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia (PPM), Profesor Dr Shahanum Md Shah berkata, pertandingan bertemakan penyatuan muzik jelas terpancar sepanjang acara, sekali gus mengukuhkan peranan muzik sebagai jambatan menghubungkan segala budaya.

"Muzik melampaui sempadan dan menyatukan manusia.

Iklan

"Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa (MWBC) dan NATCOMP 2024 adalah bukti perpaduan itu dengan peserta daripada latar belakang yang berbeza berkumpul untuk mencipta sesuatu yang luar biasa," katanya.

Sebanyak 11 sekolah bertanding dalam NATCOM 2024 di Stadium Sultan Abdul Halim, di Alor Setar.

MBWC dan NATCOMP 2024 menampilkan seramai 3,974 peserta dari 40 pancaragam dari Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina.

Sebelum itu, semua kategori dinilai panel terdiri daripada sembilan juri tempatan dan antarabangsa dari Thailand, Indonesia, dan Filipina, mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh World Marching Band Organization (WMBO) dengan kerjasama Asian Marching Band Confederation (AMBC) dan Persatuan Pancaragam Malaysia (PPM).