Rakyat Malaysia ditahan bersama dadah RM116.1 juta di Hong Kong

Iklan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia ditahan polis Hong Kong bersama sejumlah dadah jenis methamphetamine bernilai HK210 juta (RM116.1 juta) pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan dijalankan itu melibatkan suspek yang merupakan lelaki berumur 26 tahun.

Iklan
Iklan

"Suspek yang diberkas oleh polis Hong Kong itu beralamat di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

"Semakan mendapati suspek memiliki rekod lampau iaitu memiliki dadah dan memasukkan dadah dlm badan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada Ahad.

Iklan

Sebuah portal antarabangsa sebelum ini melaporkan polis Hong Kong membuat rampasan terbesar melibatkan kristal methamphetamine bernilai HKD210 juta (kira-kira RM116.1 juta) pada Khamis.

Kesemua dadah itu ditemukan dalam kontena berisi perabot dengan dipercayai tiba dari Amerika Syarikat (AS), Selasa lalu.

Iklan

Polis menyerbu gudang berkenaan pada hari yang sama dan mendapati suspek sedang membuka kotak-kotak barang selain menemui sarung tangan dan penimbang elektronik di lokasi kejadian.

Suspek warga Malaysia terbabit dilaporkan memasuki Hong Kong sebagai pelancong sejak setahun lalu.

Pemangku Superintendan Cheung Hok-fung dari Biro Narkotik berkata, serbuan terbabit menemui 335 kilogram (kg) kristal methamphetamine dan 55kg kokain yang disembunyikan dalam 25 daripada 245 kotak di dalam perabot.