Kerajaan ambil alih sepenuhnya bantu rakyat

Iklan
Kamaruddin

KOTA BHARU - Kerajaan Madani perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya memberi bantuan kepada rakyat jika pimpinan Perikatan Nasional (PN) menghadapi masalah mendapatkan peruntukan.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, rakyat merupakan tanggungjawab kerajaan yang perlu diberi perhatian jika kerajaan terus bertegas dengan syarat yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, syarat Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan Madani terhadap PN seolah-olah memaksa pembangkang untuk menyokong mereka.

"Melalui MoU itu juga pembangkang dikatakan tidak boleh lagi bersuara membantah dan mengkritik kerajaan.

Iklan

"Kami akan diberi peruntukan jika menyokong mereka. Apabila sudah dapat duit kerajaan, kami tidak boleh lagi mengkritik.

"Jadi sudah tentu kita tidak lagi menjadi pembangkang," katanya ketika mengulas mengenai keputusan pembangkang yang membuat ketetapan menolak MoU daripada kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan tersebut dibuat berasaskan empat sebab utama iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan nilai budaya, moral dan agama, boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Menurutnya, sebagai pembangkang mereka hanya 'menegur' dan 'membantah' kerajaan jika perlu bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.