Kilang haram proses e-waste diserbu, rampasan RM41.5 juta

Iklan
Pelupusan e-waste dan sisa plastik secara haram mengandungi bahan toksik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan serius kepada orang ramai.

KLANG - Kegiatan haram dijalankan enam kilang memproses barang logam, plastik dan sisa elektronik (e-waste) dekat Pandamaran terbongkar selepas diserbu melibatkan rampasan lebih RM41.5 juta pada Khamis.

Serbuan dijalankan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) itu turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berjaya memberkas 49 individu termasuk 43 warga asing berumur antara 22 hingga 60 tahun.

Semakan mendapati kilang terbabit beroperasi tanpa lesen yang sah selain tidak berdaftar serta sudah mengaut keuntungan jutaan ringgit atas aktiviti haram yang dijalankan.

Iklan
Iklan

Serbuan terbabit dilaksanakan hasil risikan Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) JKDNKA bersama Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman (AMLA).

Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati enam warga tempatan yang ditahan bertindak sebagai penyelaras dan koordinator.

Iklan

Beliau berkata, kegiatan didalangi warga tempatan ini turut dipercayai menjadikan warga asing sebagai pekerja secara haram.

"Semakan mendapati kilang terbabit beroperasi tanpa lesen yang sah selain tidak berdaftar serta sudah mengaut keuntungan jutaan ringgit atas aktiviti haram yang dijalankan.

Iklan

Katanya, pelbagai barangan dan peralatan turut disita dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM41,588,501.

"Antaranya melibatkan 2,800 kilogram (kg) keluli stainless, 83,700kg aluminium, 6,000kg besi, 6,000kg besi pepejal, 10,500kg kotak CPU, 3,000kg bateri, 37,000kg tembaga, 30,000kg plastik dan 103,000kg kabel diproses.

"Selain itu rampasan turut melibatkan 50 mesin memproses bahan e-waste, 14 buah jentera pengangkut, lima kontena serta dokumen, invois dan resit," katanya.

Serbuan mendapati pelbagai bahan elektrik dan elektronik yang ditemukan ini dikategorikan sebagai e-waste untuk dikitar semula.

Menurutnya, serbuan ini mendapati pelbagai bahan elektrik dan elektronik yang ditemukan ini dikategorikan sebagai e-waste untuk dikitar semula.

"Siasatan turut mendapati ia turut akan diproses bagi mendapatkan pelbagai logam berharga seperti tembaga, besi dan timah.

"Pelupusan e-waste dan sisa plastik secara haram mengandungi bahan toksik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan serius kepada orang ramai," katanya.

Mohd Yusoff berkata, kesemua tangkapan dan rampasan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.

"Kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 telah dikenakan kompaun oleh pihak MBDK untuk kesalahan menjalankan aktiviti memproses tanpa lesen.

"JAS Selangor turut bertindak menyita dan mengeluarkan kompaun di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk kesalahan tiada sistem pengolahan efluen bagi aktiviti cucian plastik yang dihasilkan,” katanya.