Penduduk suarakan isu harga barang, kos sara hidup - Calon PN

Iklan
Mohamad Haizan (dua dari kanan) menyantuni warga emas semasa berkempen dalam program Pemeriksaan kesihatan Percuma di Jalan Gajus, Taman Lian Seng, Kluang pada Ahad.

KLUANG - Calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar atau 'Coach Haizan' gembira dengan penerimaan positif penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ketika turun berkempen.

Mohamad Haizan berkata, banyak isu disuarakan kepadanya termasuk berkaitan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Iklan
Iklan

"Antara perkara yang diperkatakan ialah harga barang naik dan kos sara hidup tinggi. Rata-rata mereka mahukan perubahan kerana tidak tahan dengan beban tersebut.

Beliau berkata demikian di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu di sini, pada Ahad.

Iklan

Menurut bekas pemain pasukan bola sepak Johor FA itu, pengalaman sebagai bekas Ahli Majlis Perbandaran Kluang selama dua tahun sehingga 2022 banyak membantunya ketika kempen.

"Masyarakat juga mengenali saya kerana bertindak Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga Zon Kluang sehingga kini.

Iklan

"Pengalaman itu banyak membantu semasa berkempen dan berdamping dengan rakyat daripada pelbagai bangsa dan peringkat usia," katanya.