Agong harap rakyat Malaysia pulang dalam keadaan sihat

Iklan
Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan harapan supaya semua rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang dari Wuhan, China berada dalam keadaan sihat dan dihindari daripada jangkitan koronavirus serta penyakit tidak diingini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda yang sentiasa mengikut perkembangan terkini berkenaan wabak itu amat prihatin dengan keselamatan diri dan tahap kesihatan rakyat Malaysia di Wuhan berikutan penularan dan peningkatan jumlah kes jangkitan virus tersebut di China.

Iklan
Iklan

"Baginda mendoakan mereka semua yang akan dibawa pulang ini dilindungi dari simptom koronavirus. Semoga mereka dapat bersama dengan keluarga dan sanak saudara tercinta secepat mungkin.

"Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia terutama pegawai dan kru penerbangan yang terlibat dalam misi membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang berada di Wuhan ke tanah air," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Katanya, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atas usaha untuk memantau tahap kesihatan kesemua rakyat Malaysia tersebut apabila tiba di Malaysia dan memastikan mereka bebas daripada jangkitan wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan berlepas esok: Wan Azizah

Iklan

Pesawat misi HADR sudah berlepas

Pesawat ke Wuhan sudah lintas Laut China Selatan