10 terbunuh dalam kejadian bangunan runtuh di Meerut, utara India

Iklan
Sepuluh orang terkorban selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Bandar Meerut, negeri Uttar Pradesh, utara India.

NEW DELHI - Sepuluh orang terkorban selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Bandar Meerut, negeri Uttar Pradesh, utara India.

Kejadian berlaku pada Sabtu di kawasan kejiranan Koloni Zakir di bandar itu.

Iklan
Iklan

Lima belas orang terperangkap di bawah runtuhan dan lima daripada mangsa yang maut adalah kanak-kanak, menurut laporan media tempatan pada Ahad.

Sepuluh mayat telah ditemukan dan lima mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. - Bernama

Iklan

Iklan