JOHOR BAHRU - Sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul menjadi hari istimewa buat pasangan suami isteri dari Taman Daya di sini selepas menerima kelahiran bayi sulung mereka pada awal pagi Isnin.
Nurul Aini Mohd Damirulan, 23, dan suami, Jefry Iskandar Mustafa Kamal, 21, melahirkan rasa teruja mereka dengan kelahiran putera sulung di sebuah hospital swasta di sini.
Iklan
Iklan
Jefry Iskandar berkata, proses kelahiran bayi seberat 2.54 kilogram (kg) pada jam 7.19 pagi itu lancar dan dipermudahkan.
"Anak saya dijangka lahir 28 September, tak sangka 14 hari lebih awal. Kami tidak terfikir (dia) akan lahir pada Hari Malaysia ini.
"Bayi kami lahir pada hari penuh bersejarah dan dianggap hadiah istimewa juga buat keluarga," katanya pada Isnin.
Menurut Jefry, nama bayi pertamanya itu masih belum diputuskan.