Pembangkang terus pura-pura jadi mangsa - Pengarah Komunikasi AMK

Iklan
Haziq Azfar Ishak

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti pembangkang didakwa terus berpura-pura menjadi mangsa keadaan selepas menolak dua set draf cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli Parlimennya.

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, pihak itu sebenarnya mempunyai pilihan untuk meneruskan rundingan dengan kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembangkang masih berpeluang menamatkan rancangan politik sempit dengan meneruskan rundingan dan melaksanakan kebertanggungjawaban terhadap peruntukan tersebut melalui mekanisme MoU.

"Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin terkait penolakan memeterai MoU adalah cubaan menolak sikap kebertanggungjawaban terhadap peruntukan yang hendak diberikan.

Iklan

"Mereka wajar mencontohi semangat rundingan yang dilakukan antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan serta sikap proaktif Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sehingga termeterainya Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik dua tahun lalu.

"Rakyat tidak lupa, sebelum draf MoU diserahkan kepada pimpinan pembangkang pun tiada pimpinan Perikatan Nasional (PN) mahupun ketua pembangkang hadir berunding sehingga lebih setahun PN berperanan sebagai pembangkang,"ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, PN mengesahkan pembangkang sebulat suara telah membuat ketetapan untuk menolak dua draf MoU daripada kerajaan berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen PN.

Ketua Pembangkang, Hamzah berkata, keputusan tersebut dibuat berasaskan empat sebab utama iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Fadillah Yusof yang mengetuai perundingan itu berkata, apa yang dikemukakan adalah draf MoU dan beliau mengharapkan pihak pembangkang akan mengemukakan cadangan balas terhadap perkara-perkara yang tidak dipersetujui dalam draf itu

Tambah Haziq Azfar, kerajaan wajar mempertimbangkan agar peruntukan itu disalurkan kepada Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) bagi setiap kawasan sekiranya pembangkang terus bermain politik.

"Hakikatnya IKR yang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan merupakan salah satu usaha ‘underrated’ bagi mendemokrasikan dana kerajaan dengan membenarkan orang awam memohon sebarang pembangunan kecil secara terus," katanya.