Banjir kilat di Mahkota masih gagal diselesaikan

Iklan
Sebelum ini Sinar Harian mel;aporkan penduduk mendakwa banjir kilat bukanlah masalah asing bagi penduduk di Taman Ilham, Kluang yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Gambar kecil: Mohamad Haizan

KLUANG - Banjir kilat yang membelenggu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini didakwa masih gagal diselesaikan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar berkata, masalah berkenaan sudah berlarutan agak lama dan meresahkan penduduk setiap kali musim hujan.

Iklan
Iklan

Beliau mengakui memang ada usaha dilakukan kerajaan ketika ini, tetapi masalah itu masih tidak selesai.

"Penyebab banjir adalah kerana (projek) pembangunan. Parit yang tersumbat perlu dikorek, saluran perlu dibetulkan selain diselenggara dengan betul.

Iklan

"Ada sungai yang besar tetapi di hujung jambatan (saliran) kecil, sampah tersumbat dan air sungai melimpah keluar,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir pada program Sambutan Maulidul Rasul di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Melayu di sini, pada Isnin.

Iklan

Mohamad Haizan atau lebih mesra disapa Coach Haizan berkata, sekiranya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kelak, beliau akan berusaha menyelesai isu berkenaan.

"Sekiranya diberi peluang dan menang PRK DUN Mahkota, isu tersebut akan saya cuba selesaikan,” katanya.

Mohamad Haizan menentang calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada 28 September ini.

Pada Ahad, Syed Hussein dilaporkan berkata, beliau memberi jaminan akan mencari jalan menyelesaikan isu banjir walaupun kerajaan sudah melakukan beberapa usaha mengatasinya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan.