8 diselamatkan selepas bot nelayan terbalik di pantai barat Korea Selatan

Iklan
Kesemua mangsa di atas kapal malang itu diselamatkan ketika pengawal pantai menghantar helikopter dan kapal peronda ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat. - Foto: Reuters
SEOUL - Kesemua lapan orang di atas bot nelayan yang terbalik di luar pantai barat Korea Selatan berjaya diselamatkan, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap, merujuk pengawal pantai.

Kapal nelayan seberat 35 tan itu terbalik di bandar pelabuhan barat Gunsan kira-kira jam 7:36 pagi waktu tempatan (2236 GMT Ahad).

Kesemua mangsa di atas kapal malang itu diselamatkan ketika pengawal pantai menghantar helikopter dan kapal peronda ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol segera mengarahkan menteri lautan dan perikanan serta ketua pengawal pantai untuk menyelamatkan mangsa dengan mengerahkan semua kakitangan dan peralatan yang ada selepas menerima laporan mengenai kemalangan itu, menurut pejabat presiden. - Bernama