Gallagher, Alvarez tambah nilai buat Atletico

Iklan
Alvarez (dua, kanan) meraikan jaringan bersama pemain-pemain Atletico Madrid ketika melayan kunjungan Valencia di Madrid. Foto AFP

KEHADIRAN pemain tengah dari England, Conor Gallagher dan penyerang Argentina, Julian Alvarez disifatkan memberi tenaga baharu keupayaan jentera penyudah Atletico Madrid.

Pengendali Atletico, Diego Simeone berkata, peranan kedua-dua pemain itu dijelmakan ketika menjinakkan Valencia CF, 3-0 dalam aksi La Liga yang berlangsung di Estadio Civitas Metropolitano

Iklan
Iklan

"Dia (Gallagher) datang dengan penuh semangat dan kami memerlukan pemain seperti itu di bahagian tengah kerana dia menjadikan kami lebih baik.

"Dia tidak berhenti memberikan sumbangan yang terbaik dalam setiap situasi permainan,” kata Simeone pada sidang akhbar selepas perlawanan di laman sendiri itu.

Iklan

Gallagher, yang menyertai Atletico musim ini dari kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, menjaringkan gol La Liga pertamanya pada minit ke-39 ketika mengatasi Los Ches kendalian Ruben Baraja.

Seorang lagi pemain baharu, Alvarez, menjaringkan gol pada minit ke-93, juga gol pertamanya dalam liga utama Sepanyol sejak tiba dari Manchester City.

Iklan

"Kami semua memerlukan khidmat dia (Alvarez) untuk menjaringkan banyak gol dengan lebih lebih santai, semoga gol itu akan menjadi permulaan pertama.

"Saya membayangkan bahawa kehadiran dia di sini untuk gol dan semangat untuk menjana situasi seperti dalam perlawanan ini Hari ini dia muncul seperti kebiasaannya yang dia selalu lakukan pada saat yang paling tidak dijangka pada penghujung permainan apabila harapan kelihatan semakin pudar,” kata pengendali kelahiran Argentina berkenaan.

Tambah bos Atletico itu lagi skuad Colchoneros yang diperkuatkan termasuk pemain baharu seperti Robin Le Normand dan Alexander Sorloth, kini berada pada tahap terbaik untuk bersaing pada tahap yang mereka mahukan musim ini.